Assalamualaikum wbt.
:) Semua entries yang ada before ni dah didelete atas sebab tertentu. Dan untuk entry ni, aku nak cerita serba sedikit sebanyak kisah perjalanan seorang Aku :)
Aku. Saja nak kongsi beberapa pengalaman dan nasihat sebagai seorang Aku. Aku tak muda dah *tak nak mengaku 'tua'*, dah berumur 21tahun. Sepatutnya baya baya aku ni pergi Universiti menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda atau lebih dikenali sebagai 'Degree'. Dan sepatutnya aku dapat UPU Intake September ni, tapi apakan daya belum ada rezeki. Lebih lebih lagi aku akan konvo untuk diploma aku dalam masa 2 minggu lagi dari sekarang (20hb 9 ni). Tipu aku tak frust, aku punya la semangat nak sambung belajar tapi betul lah ustaz kata, Nahnu Nufakkir Allahu Yukaddir (Kita Merancang, Allah yang Menentukan). Kenapa aku tak dapat tawaran apa apa UPU? Bukan sebab aku bodoh, bukan jugak sebab aku pandai (bilamasa aku pandai. hahaha). Dah belum ada rezeki, nak buat macam mana (malas la nak cerita pasal satu batch tak dapat UPU, ehhh tercakap pulak. lupakan lupakan). Ni aku nak bagi sedikit kata semangat untuk diri aku, kalau korang pun nak ambik nasihat ni untuk diri korang, ambik la. Free je.
Aku. Tipu aku tak meroyan. Tipu aku tak menangis. Tipu aku tak badmood. Tipu aku tak meraung. Tipu aku tak berputus asa. Tipu la kalo aku tak tipu. Tapi aku ingat, aku cakap kat diri aku. It is not your time yet Maya! Kemon la. Cuba fikir...
1. Allah nak bagi kau peluang sambung kerja kau. Allah nak bagi kau pengalaman bekerja, mencari duit dengan peluh keringat sendiri, berjauhan dari mak kau demi erti sebuah kehidupan! Ingat, baru berumur 21 tahun kau dah bekerja dengan Timbalan Menteri, jadi kau teruskan dulu dengan mengorek pengalaman. Grab the chance and 'eat' it!.
2. Allah nak bagi kau peluang mengenali dunia yang penuh dengan kepalsuan lakonan manusia manusia ni. Pergh ayat! Saja nak bagi ayat sarkastik. Allah nak bagi kau kenal macam mana berbezanya manusia ni walaupun darah sama A+ A- B+ B- AB+ AB- O+ O- *mana boleh nak kata rambut sama hitam, bukan semua rambut hitam laa*. So kalo kau dah biasa dengan gelagat manusia ni, mudah la kau mengatur langkah dalam perjalanan hidup kau!
3. Allah nak bagi kau peluang berbakti dengan mak dan abang kau *sebagai anak bongsu dan satu satunya perempuan, tak main la ayat anak sulung ke ape ke kan, dah biasa sangat. hihi*. Walaupun mak kau pun kerja and masih mampu menampung keluarga kau, tapi kita hidup dalam zaman 2016, semua benda perlukan duit. So, kau kerja kau dapat duit. Takde la nak menyusahkan mak kau dah kan, kau pun boleh hulur hulur kat mak and abang kau. Haaa!
4. Allah nak bagi kau peluang untuk bersikap lebih matang dan positif dalam kehidupan. Umur 21 sepatutnya kau dah matang, bukan hanya luaran tapi juga dalaman. Berhenti dengan ego kau, berhenti dengan sensitif kau, berhenti dengan dendam kau, berhenti dengan rajuknya kau! Paling penting, berhenti dengan negatif kau, mulakan dengan positif. Dengan bergaul dengan manusia di sekeliling kau, confirm kau dapat ubah dan ubah. Ingat, zaman bekerja kau bergaul dengan orang jauh lebih 'tua' dan berpengalaman dari kau, berbanding dengan manusia sekeliling kau di Universiti yang sebaya dengan kau!
5. Haa, lagi satu. Allah nak bagi kau peluang untuk mengorek segala macam ilmu yang kau tak akan dapat dari dalam buku. Kau korek dari pengalaman orang lain selain pengalaman kau sendiri! Ilmu tentang hati, perasaan, mahupun kemahiran! Automatik kau akan belajar sesuatu yang kau tak akan dapat di universiti. Termasuklah ilmu selok belok dalam dunia pekerjaan di pejabat mahupun luar pejabat!
So! Sumpah tipu kalo aku tak frust tak dapat further study intake 9 ni. Tapi kata kata nasihat aku sendiri ni la untuk menguatkan hati aku sendiri! Apapun, selamat berkonvo Maya!
No comments:
Post a Comment