Wednesday, 14 September 2016

I'm Getting Fat Again

Assalamualaikum wbt.

First thing first, entry kali ni maybe agak meng'annoying'kan. Tapi! Aku kisah ke? ni blog aku so lantak aku la *ceh. Langsi gila. Perasan*. Okay okay. Dengar tajuk pun konpom anda anda dah tahu bukan? Kisahku bermula.....

Aku. Aku ni seorang yang mempunyai berat badan yang lebih or atas kata lebih mudah, gemuk! Yes. Aku seorang yang gemuk. Lebih menyedihkan, pendek dan berjerawat. Cet. Mesti anda anda nak kata aku tak bersyukur kan. Cuba anda bayangkan anda berada dekat tempat aku, anda pun akan cakap benda yang sama. Seorang aku yang dalam ketinggian 150+ dengan berat permulaan 118kg. 'AWESOME' bukan?  Memang pada mulanya aku agak tak kisah, tetapi siapa tahan kalau setiap kali keluar banyak mata mata yang memandang *bukan sebab lawa* sambil dengan kata kata cacian dari mulut. Wow. Sakitnya. Last last, aku pun tak tahan. Pedih, sakit, sengsara, malu, stress, menangis, meraung siap sampai meroyan. Hahaha.

Aku ingat lagi. Dengan kata kata manusia, tak kira lelaki mahupun perempuan. Semua sama tak berhati perut. Bijak dalam mengumpat aku. Aku jalan, diumpat. Aku makan, diumpat. Aku berlari, diumpat. Sampai aku tertidur pun diumpat. Manusia manusia. Ada sahaja yang tak kena. Cuba la biarkan je. Kehidupan aku kot. 'Badak', 'Tong gas', 'doraemon', 'Tempayan', 'Bola', ape lagi? Semua jenis gelaran untuk aku ada. Masuk 'school of record' oleh senior senior zaman study dulu. Bukan record yang elok, tapi... record perempuan paling gemuk buruk dan selekeh! Disindir depan depan. Menangis aku dibuatnya. Sering kali dibuli dicaci dihina. Untuk remaja umur aku pada masa tu, memang menyakitkan hati. Sampaikan aku dapat migrain teruk semenjak tu. Mungkin buli buli mental ni perkara biasa bagi pelajar asrama cam aku kan.

Sampailah satu ketika dan semasa di zaman penghujung tigkatan 2 *2009*, ada seorang senior lelaki message aku. Wow bunyi cam excited kan. Cam sweet jer. Senior contact perempuan paling hodoh kat sekolah. Bunyi cam senior tu bakal jadi hero dalam drama melayu kan. Nope. Ni drama indon! Senior tu message sebab nak mengata aku. 
"Wei perempuan! Sedar diri la sikit. Pergi cermin diri kau tu dulu. Ada hati suka dekat orang. Dah la gemuk. Perempuan paling gemuk dalam dunia. Tak malu..."
Banyak lagi la hinaan dia dekat aku pada masa tu. Malas nak bagitau semua. Tapi untuk pengetahuan umum. I DONT LIKE HIM. NO AND NEVER! Biasa la gossip liar. Hey. Ingat artis je ke ade kena gossip gossip ni. Tapi aku faham la kenapa laki tu bengang kat aku. Ye la. Lelaki mana bangga kena gossip dengan perempuan paling gemuk dan hodoh kan. Hahaha. Tapi jujur aku bagitau, malam dia message aku tu. Aku menangis teruk seteruknya! Sampai aku murung tau! Masa tu la aku nekad aku nak balas dendam kat laki tu. Tapi nekad jer. Makan still kuat. Exercise tak maw. Hahaha


Last aku berat 118kg is time tu. Masuk tingkatan 3. Berat aku dah kurang sikit jadi 90+ camtu! Maybe sebab kemurungan kut. Sampai la aku habis sekolah menengah. Berat dalam 70+. Ni aku syak sebab aku pelajar asrama. Pagi pagi dah selalu kena lari dari asrama ke surau sebab selalu lambat bangun subuh. Kalau lambat sampai surau, kena denda weh. Ingat warden tak garang ke? Dah tu pulak. Makanan makcik dewan tu ada masa sedap. Ada masa tak. Almaklumlah. Faham faham sendiri lah yer. Rehat pulak. Aku selalu pergi jaga koperasi. Kadang kadang jer aku pergi kantin sekolah. Haa. Hari sukan pulak. Aku tak ambik acara lari lari. Leceh. Ambik lontar peluru dengan rejam lembing jer *mentang mentang badan aku besar*. Selalu jugak dapat perak ataupun gangsa. Rilek jer tak payah lari. Hoho.

Aku masuk tingkatan 6 sekejap jer. Dalam 2-3 bulan. Masa tu berat aku masih dalam 70+. Masih boleh dikawal sebab selepas SPM. Aku balik Kuching. Duduk seorang diri dengan sepupu yang kerja sana *mak kat kampung sebab kerja kan. Aku balik Kuching jaga rumah*. Memang jarang sangat masak. Tu yang boleh konsisten berat 70+ sampai masuk tingkatan 6 sekejap. Tak tahan tingkatan 6, aku masuk UPSI ambilan November. Terbang ke Perak, ambik jurusan Diploma in English dalam 3 tahun. Dekat sini, bermula lagi la zaman kegemukan aku. Makan tambah, penuh nasi sepinggan dua, makan lewat tengah malam and no more lari lari ke kelas atau surau. Sepanjang 3 tahun dekat sini, aku langsung tak pedulikan pemakanan aku, apa lagi rupa aku. Fashion? Ke laut! Mula la berat naik lagi nak mencecah 90kg balik. Sem 6, final sem ada 3 subjek je. Sem 6 baru aku ada kesedaran nak kawal pemakanan sebab ada lecturer tegur untuk masa depan sendiri (Miss Hashimah-punya la garang). Masa tu Miss Hashimah tegur untuk pemakaian dan kekemasan je. Tapi aku mula berfikir, kalau gemuk, susah aku nak jaga diri aku.

Aku masa tu sem 6. Baru bangun dari tidur lena yang lama (pehh ayat). Still tak exercise, cuma agak kawal pola permakanan. No more makan berat tengah malam, nasik kurangkan ke separuh pinggan setiap kali makan. Paling penting! Jangan ambik apa apa ubat kurus! Sampai lah aku praktikal, berat aku kembali ke 70kg. Boleh la dalam 4-5 bulan kurang 20kg. Praktikal lak kat Kolumpo, Perbadanan Kota Buku Maju Junction KL! Praktikal dalam 3 bulan jer, dari bulan November 2015 sampai penghujung Januari 2016! Terima kasih banyak banyak kepada zaman praktikal sebab zaman tu la berat aku mula turun! Jarang keluar lunch, selalu balik lewat, tapi malam memang kuat makan. Joging dan bersenam? memang TAK! berenang je malam malam kat swimming pool kat kondo tu (tu pun dalam seminggu dua kali jer). Seingat aku, last day praktikal aku timbang balik kat ofis tu, ada lah dalam 56-58kg berbanding permulaan praktikal. Settle je semua segala bagai report yang ada, terus dilamar untuk bekerja di PWTC. Tudia zaman tu tak ingat dunia lagi, makan dan makan (boss selalu bagi makan). Welcome! Berat kembali 65kg! Dalam masa 3 bulan kerja PWTC tu, berat naik macam tu sekali.

Betul la orang kata. Hidup kena konsisten, lebih lebih lagi untuk seseorang macam aku ni. Dalam 3 bulan kerja di PWTC, dapat panggilan temuduga untuk kerja di Putrajaya. Gila tak pergi, peluang kot. Alhamdulillah here I am! Sekarang dah nak masuk 4 bulan kerja di Putrajaya. Allah memang Maha Bijaksana. Jauh aku merantau dari Sarawak, belajar bekerja mencari pengalaman melihat dunia meluaskan lagi pemandangan mata dan minda, lebih 3 tahun aku menjadi anak perantau kat negeri orang ni. Cettt, lari tajuk! Sepanjang 2 bulan pertama kerja di Putrajaya, mengenali 'keluarga' office baru kat sini, berat aku naik lagi! Nak mencecah 65-68kg! Mana taknya! Kak Bella masak sedap sangat!!! Sampai lah bulan ke-3 kat sini, aku nekad balik! Nak kembali BMI normal cam zaman praktikal. Masa bulan ke-3 ni cuma agak mengawal permakanan je la. Sampai la bulan ke-4 di Putrajaya, aku berjinak jinak dalam dunia Joging petang-petang sampai lah aku dah mula jatuh cinta dengan joging dan gym! Seminggu kena sekali paling kurang tapi kadang kadang sebab busy aku dalam 2 minggu sekali. Tapi aku pastikan dalam seminggu tu aku kena lari paling kurang 5km! Dan ini lah hasilnya! Alhamdulillah berat aku kembali ke 56-58kg! Tak kurang tak lebih. Aku masih dalam proses lagi sebenarnya (susah sebab aku ni sangat kuat makan). Sampai lah suatu hari mak aku cakap, tak payah kuruskan lagi badan. Nanti nampak cam orang sakit, cukup dah ni. Ayat paling deep mak aku bagi "Kurus bukan untuk kau senang fashion sana fashion sini, biar untuk sihatkan badan dan minda"...... 

Betul la. Zaman aku gemuk dulu, tak ada orang nakkan aku. Semua nak pulaukan aku. Bukan nak kata zaman sekarang ni ada orang nak. Tak ada orang nak pun! hahaha. Tapi aku nak orang yang menerima aku seadanya sebab kita tak selalunya berada di atas kan. Zaman hitam aku dulu tu, baru aku sedar dan tahu siapa kawan yang menerima aku seadanya. Lebih lebih lagi, kecantikan itu pinjaman dan bersifat sementara... Wallahualam.....

No comments:

Post a Comment