Monday, 26 February 2018

Hi Universiti Malaysia Sabah (UMS)

ASSALAMUALAIKUM WBT

OHAIYO

MORNING

ZAOSHANG HOU

...

Dah setahun lebih aku tak bukak blog ni, entah wujud entah tak. Seriously aku lupa dengan kewujudan blog ni, aka diari aku. Tu pun disebabkan ada seorang hamba Allah ni cakap kehidupan dia berubah lepas dia baca blog aku ni which is dia dapat kurangkan berat dia (awww rasa dihargai sangat bila dia cakap aku inspirasi dia. tq bebeh). 

Aku pun lupa apa nama blog aku, email mana aku guna, password bagai. Tetiba pagi ni lepas makan aku klik je butang login eehhh login sendiri dah. ok la. So entry kali ni aku nak citer pasal kehidupan aku sekarang...................................


Ingat lagi kan aku cakap orang duk condemn asal la aku ni mongok lepas dip gi kerja, kan elok sambung belajar. Haaa alhamdulillah lepas 2 tahun aku pekakkan telinga pejamkan mata dan celikkan hati untuk ikhlas bekerja demi sesuap nasik, aku kembali menyambung pelajaran untuk degree dengan segulung sijil pengalaman 2 tahun bekerja dengan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (kemon la pengalaman paling berharga hokay).

Kisahnya bermula time aku kena outstation kat Pantai Timur untuk pesta siam kat Rantau Panjang (TAK SILAP LA), kebetulan dalam perjalanan ke sana tu adalah hari keputusan UPU (bulan 8 2017) keluar. Mulanya macam malas nak check, sebab mood kerja katakan. Tapi mak duk remind check check bagai an, ok la. Bukak laaa, sekali dia cakap "SUKACITA DIMAKLUMKAN .... UNIVERSITI MALAYSIA SABAH ... INTERNATIONAL RELATIONS"
Tipu aku tak happy, UMS kot! SABAH tu. Ye la, before tu dapat tawaran degree kat UPSI dan UPM aku tolak kan. SABAH ni aku terima pasal aku ada benda aku nak settlekan kat SABAH ni! esp kat UMS ni.

Punya seronok sampai melompat lompat aku dengan Nab (Felo Perdana YB EMY dari U omputeh sana). Disebabkan aku malas nak godek ape dia laaa INTERNATIONAL RELATIONS ni, aku biarkan je. So aku pun letak la notis berhenti kerja 2 minggu. Seriously takde preparation langsung nak quit keje. Bawak la ape yang patut balik sarawak. Mintak restu mak dulu before ke Sabah.

Seminggu kat Sarawak, berkemas apa yang patut. Hampir tertinggal flight, barang terlebih muatan, sakit perut nak berak. Macam macam. Sampai airport KK, tunggu abg angkat datang tak muncul-muncul last-last aku naik uber. Sokay la. Sampai UMS aku daftar cam biasa (oh yaa aku gi sorang-sorang pasal mak aku takmau hantaq). Dapat bilik tingkat 2, dengan rumet lagi 3 orang. First masuk je berkenalan dengan rumet chinese (sow) lagi 2 orang tak mai lagi (ziqah dengan thirah).

Cam biasa orientasi yang teramat gila nyamuk punya bosan pun aku berjaya harungi dengan sabarnya. Start je kelas, amekaw dari mula i dont have idea what is IR all about kan, sekali POLITIK DUNIA dia bagi. Ingatkan nak lari dari politik, tak alang-alang dia bagi yang besar terus. HAHAHA
Boleh la, manataw nanti jadi PTD ke, Duta Malaysia ke kan. redho je la.

Takpe la. Demi masa depan diri, negara, bangsa dan agama. Akan daku pertahankan mental daku untuk mencapai matlamat diri dan keluarga. Demi sekelumit ilmu. Ceh padahal enjoy namampos. HAHAHA

Ok la. Aku nak gerak lu nak gi pusat warga UMS nak check up dulu. Jumpa di entry yang lain ek nanti. BYEEE UOLS

XOXO

No comments:

Post a Comment